Tuesday, 23 July 2013

Bila Allah Menduga Kita

Assalamualaikum w.b.t

:)

Mehnah tu, tanda Allah sayang, kan? Cinta Dia kan infiniti? Tak terbatas...kuasa lagi dengan infiniti. Boleh bayang tak agung-Nya cinta Dia kepada kita? Allahuakbar!

Kadang-kadang bila Dia bagi kita ujian, kita rasa lemah. :) Tapi yakinlah, Dia takkan bagi kita ujian yang kita tak mampu nak hadapi. Bergembiralah kerana ujian itu tanda kasih dan cinta agung-Nya kepada kita hamba-Nya yang kerdil.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
[Surah Al-Baqarah : 286] 
Dalam kita sedang merancang, Dia juga merancang. But we are not the best planner, He is. Yakinlah..yakin dengan Dia. Kerana hanya Dia sahaja yang tahu apa yang kita tidak tahu. Allah kan Maha Mengetahui? Walau apa sekalipun keputusan yang Dia telah tetapkan, yakinlah, terimalah dengan rasa syukur.

"...Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
[Surah Al-Baqarah : 30] 


Ingin saya kongsikan beberapa petikan daripada buku BILA ALLAH MENDUGA KITA.

Bab 2 : Iman Terhadap Takdir 

KetetapanNya Merupakan Kepastian


Takdir ialah ketetapan Allah atas manusia berupa hal-hal yang baik atau hal-hal yang kurang baik. Tidak ada manusia yang terlepas dari takdir Allah kerana tanpa ketetapan ini kehidupan manusia tidak akan pernah wujud. Anak yang lahir ke dunia tidak mengetahui apa akan terjadi sebelum kelahirannya. Kita tidak boleh menetapkan dan memilih, tetapi Allah yang menetap dan memilihnya. Allah menetapkan seseorang itu lahir dalam keluarga miskin atau kaya, beriman atau kafir, penyayang atau pemarah dan ketetapanNya sama sekali tidak bertentangan dengan keadilanNya. Takdir Allah membayangi perjalanan hidup setiap manusia. Allah sentiasa berada di sebalik kesenangan, kesusahan, ketaatan dan dosa, kurnia dan dugaan. Semuanya berada dalam lingkungan ketetapan Allah kerana manusia memang tidak mungkin menetapkannya sendiri.

Firman Allah SWT di dalam al-Quran :

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luhmahfuz) sebelum Kami menciptakannya, sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah." [al-Hadiid : 22]
Allah tidak menetapkan kebaikan atau keburukan pada seseorang melainkan kerana keadilan dan pengetahuan yang dimilikiNya. Jika Allah menetapkan hidayah pada diri seseorang, itu merupakan ganjaran ke atas keupayaan orang tersebut dalam mendekatkan diri kepadaNya. Ketika Allah menetapkan kesesatan pada orang lain, semata-mata kerana orang itu sendiri mahukannya.

Firman Allah SWT di dalam al-Quran :

"...maka tatkala mereka berpaling (dari kebenaran), Allah memalingkan hati mereka dan Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang fasiq." [ash-Shaff : 5]
Sekiranya Allah mengetahui adanya kebaikan pada diri seseorang, tentu Allah akan buat mereka mampu mendengar dan menerima petunjuk. Allah tidak zalim pada hamba-hambaNya.

Firman Allah SWT di dalam al-Quran :


"Kalau kiranya Allah mengetahui kebaikan ada pada mereka, tentulah Allah menjadikan mereka dapat mendengar..." [al-Anfaal : 23]
Dengan adanya pihak yang menetapkan segala sesuatu merupakan hal yang tidak mungkin dilepas pandang. Itulah sebabnya orang-orang Mukmin diwajibkan mempercayai takdir. Keimanan terhadap takdir dimasukkan dalam rukun iman yang keenam, di mana harus diyakini oleh kaum Muslimin dan beriman pada takdir yang baik dan yang buruk. Penolakan terhadap salah satu rukun iman menjadikan seseorang Mukmin cacat keimanannya dan membinasakannya, sedangkan tidak ada satu alasan pun yang mampu menolak ketetapan Allah dalam kehidupan ini. Manusia sebagai makhluk yang memiliki ilmu tidak mampu menetapkan apa pun bagi kehidupannya. Kita mungkin boleh membuat perancangan, tapi kita tidak boleh memastikan secara mutlak bahawa perancangan itu akan berjalan seperti yang diinginkan. Seperti kata pepatah "Manusia hanya merancang, Tuhan juga yang menentukan." Jika manusia mempunyai kemampuan dala enetapkan dan memilih, tentu setiap orang mengetahui secara pasti nasibnya di masa akan datang. Padahal, seseorang yang paling optimis pun tidak mampu untuk memberitahu secara pasti bagaimana nasibnya di masa akan datang. Jadi, jangankan untuk menetapkan nasib, untuk mengetahuinya secara pasti pun manusia tidak mampu. Ada pun Allah sajalah zat yang menetapkan segala sesuatu dan Allah bersifat Maha Mengetahui segala sesuatu.


Agar Kamu Tidak Bersedih

Apakah kesedihan kita akan menyebabkan apa yang hilang itu kembali pada diri kita? Tentu tidak! Malah kesedihan itu menyebabkan diri kita semakin susah dan tertekan. Jadi relakan saja dan katakan, "Segalanya berasal dari Allah dan akan kembali kepadaNya." Bukankah dengan demikian perasaan kita akan menjadi tenteram? Kita tidak perlu menyibukkan diri dengan apa yang sedah berlalu dan kita boleh fokuskan perhatian pada apa yang ada di hadapan kita. Life must go on. Sudahkah anda memahami rahsia ini? Al-Quran menyatakan bahawa Allah telah menetapkan itu semua supaya kita tidak bersedih hati terhadap apa yang menimpa. Semua itu sudah digariskan olehNya, tidak perlu terbawa-bawa dalam kesedihan dan berputus asa. Sekiranya orang yang sangat kita cintai meninggal dunia, wajar kita bersedih kemudian katakanlah, Inna lillahi wa inna ilahi raji'un, segalanya berasal dari Allah akan kembali kepadaNya! Semua ini berada dalam wilayah kekuasaan Allah. Apa yang sudah terjadi biarlah terjadi dan kembalikan segala urusanNya kepadaNya kerana Allah lebih mengetahui sebab dan hikmah berbagai peristiwa di sekitar kita. Jadi berhentilah menangis, relakan apa yang baru saja menimpa dan beramallah untuk waktu-waktu yanga ada terbentang di depan kita.



*Dedikasi buat seorang sahabat yang sedang bergelut dalam ujian cinta-Nya.

Awak, saya tahu ujian yang awak sedang hadapi tu sangat berat. Kalau saya ada kat tempat awak, saya rasa saya takkan mampu nak hadapi ujian seberat tu. Dia pilih awak untuk hadapi ujian ini sebab Dia tahu awak kuat. Dia tak pilih saya sebab Dia tahu saya tak mampu. Makin dekat kita dengan Dia, makin hebat ujian yang Dia bagi. Awak, ujian itu menguatkan jiwa dan meninggikan darjat. Inshaa Allah, dalam mehnah, Dia sembunyikan hikmah. 
Jika halangan menduga 
Perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Kerna ku ada di sisi 
Setia menemani 
Andai semangat mu gugur 
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ
Awak, kami ada untuk awak. "jangan sedih, kami ada by your side, awak rebah kami jadi tulang belakang, awak jatuh kami jadi tongkat, awak nangis kami lap air mata awak. inshaaAllah, kita sahabat till jannah Allah" :) *genggam tangan* Awak, kuat ya? Awak jatuh, kami tarik awak bangun. Kita tembak doa banyak-banyak ya? Awak, kuat..kuat..kuat.. Kita kongsi matlamat yang sama, kan? Bangun lah. Serahkan segala-galanya kepada Dia. Allah sentiasa ada. Bergantung pada Dia. :)
Awak, He knows best. :) macam mesej dalam gambar ni.


Fi hifzillah. <3

1 comment: