Wednesday, 3 July 2013

Kalau Bukan Kerana Dia...

Assalamualaikum w.b.t

:)

selesai solat, tiba-tiba terfikir tentang dia. senyum. nak-nak pulak dah banyak hari asyik mimpi dia je..haha. banyak benda yang bermain-main dalam kotak fikiran.

kalau bukan kerana Dia..
tak mungkin aku dapat apa yang aku peroleh sekarang.
:)

kalau bukan kerana Dia, mungkin aku kekal tinggal di sana. bergaul dengan teman-teman yang lebih banyak merosakkan jiwa. bahkan akhlak. dan mungkin juga aku masih setia mengabaikan perintah Tuhan. kerana Dia, aku kembali ke negeri kelahiranku. kerana Dia mahu aku bertemu dengan sahabat-sahabatku. sahabat sayang. :) kerana Dia mahu aku berubah. kalau bukan kerana Dia, aku tak mungkin kenal siapa aku.

kalau bukan kerana Dia, tak mungkin kujumpa sahabat-sahabat yang banyak mengajarku mengenal Tuhan. dan tak mungkin juga aku bertemu sahabat yang paling berani. ya. berani menegur silapku. dalam khalayak, dia berbisik menegur. terkejut? tak usah bicara. sungguh. tapi kalau bukan kerana Dia yang membuka pintu hatiku untuk menerima teguran itu, entah..mungkin aku masih sama seperti dulu.

kalau bukan kerana Dia juga lah, tak mungkin hati aku cukup terbuka menerima tarbiyyah. Dia hantar aku ke Puncak Alam untuk bertemu dengan insan-insan yang hebat. walaupun aku rasakan perit dengan kehidupan, tapi banyak yang aku dapat. kerana Dia adalah sebaik-baik perancang. Dia hantar aku ke negeri di utara semenanjung. untuk bertemu dengan lebih ramai sahabat. kerana Dia adalah sebaik-baik perancang, aku bahagia sekarang. kerana kini aku punya lebih ramai sahabat untuk bersama-sama melangkah menuju ke syurga Dia. :)

Firman Allah :

"...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
 Surah Al-Baqarah : 216

 Kalau bukan kerana Dia..kita bukan sesiapa.

Fi hifzillah. <3

No comments:

Post a Comment