Sunday, 7 July 2013

Sebelah Sayap

Assalamualaikum w.b.t

:)



Cuba kita perhatikan, ataupun bayangkan sahaja seekor burung sedang berterbangan di udara. Subhanallah..ciptaan Dia. Cantik kan? Sekarang, cuba pula kita bayangkan seekor burung yang memiliki  sebelah sayap sahaja. Rasanya, boleh terbang tak burung tu? Bayangkan juga sebuah kapal terbang. Kalau kapal terbang tu ada sebelah sayap sahaja, mampu terbang tak? Mesti lah tak, kan?

Senyum.

"(Segala sifat-sifat yang mulia) ini, adalah menjadi sebutan penghormatan (bagi mereka) dan sesungguhnya bagi orang-orang yang bertaqwa, disediakan tempat kembali yang sebaik-baiknya (di akhirat kelak). Iaitu beberapa buah Syurga tempat penginapan yang kekal, yang terbuka pintu-pintunya untuk mereka; (Mereka akan bersukaria) dalam Syuga itu sambil berbaring (di atas pelamin); mereka meminta di situ buah-buahan dan minuman yang berbagai jenisnya dan rasa kelazatannya. Dan di sisi mereka pula bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), lagi yang sebaya umurnya. Inilah dia balasan yang dijanjikan kepada kamu setelah selesai hitungan amal! Sesungguhnya ini adalah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis." [Surah Shad, 38: 49-54]

"Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam "Syurga Adn" serta keredhaan dari Allah lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar." [Surah At-Taubah, 9: 72]

"Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak); Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah), (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat. (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu; Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian. (Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata; Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan. Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka; Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi minuman yang diambil dari air yang mengalir. Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya. Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih, Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini. Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya, Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya. (Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan. Mereka tidak akan mendengar di dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa.; Mereka hanya mendengar ucapan : Selamat! Selamat! (dari satu kepada yang lain). Dan puak kanan, adakah bahagianya keadaan puak kanan itu? Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri. Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya, Dan naungan yang tetap terbentang, Dan air yang sentiasa mengalir, Serta buah-buahan yang banyak, Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya, Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya. Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan; Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu, Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian." [Surah Al-Waqi'ah, 56: 10-40]
Antara firman Allah tentang syurga. Tak mampu aku bayangkan indahnya syurga Dia. :)

Kalau sekadar bercita-cita untuk ke syurga Dia, itu aku mampu. Tapi untuk ke sana? Aku takkan mampu jika bersendirian. Sendirian bermakna aku sama dengan burung yang punya sebelah sayap. Mana mungkin aku bisa terbang. Oleh itu, aku sangat memerlukan sebelah lagi sayap untuk membolehkan aku terbang. Sahabat. Jadi sebelah sayap aku, ya? Bimbing aku untuk ke syurga Dia. Di saat aku terleka, tersilap, lalai, aku mohon, tegurlah aku. Tariklah aku semula ke jalan yang diredhai-Nya. Kerana aku sangat mendambakan syurga Dia..dan aku mahu bersama-sama kamu wahai sahabat.

Terbang bersama ke syurga Dia.

Fi hifzillah. <3

No comments:

Post a Comment