Wednesday 26 March 2014

Bebaskan Dirimu !



"Jom, join group discussion malam ni. Mahu?"

"Erkk..takpe lah. Lain kalilah aku join. Aku..err..takut nanti kena marah dengan bf aku kalau aku tak layan dia call malam ni..ehehehe.."

"Elehh..study pun nak marah ke?"

"Heee..nak buat macam mana. Dah bf aku tu memang macam tu. Terpaksalah..sorry."



Mengapa perlu perangkap diri sendiri mengejar cinta manusia yang belum pasti?

Mengapa senang sekali memberi hati buat lelaki ajnabi?


Sekadar peringatan buat semua jua diri,

"Mengapa perlu dikejar cinta makhluk, yang balasannya belum pasti.

Walhal cinta Pencipta yang hakiki, ke mana terbuang pergi?"


Janganlah sewenang-wenangnya kita mudah memberi hati. Apakah pasti hati itu diserah kepada pemilik yang benar? Kerana syaitan punya strategi step-by-step untuk cuba mengajak kita untuk sama-sama ke neraka. Kuatkan iman, lawan. Jangan sampai tertarik ke lembah zina yang hina. Ingatlah, bahawa syaitan tidak pernah kenal erti penat jua jerih payah untuk merosakkan anak cucu Adam. Dan kita, janganlah juga kenal erti penat jerih payah untuk merosakkan rancangan syaitan. 

"Alahh..setakat whatsapp call malam-malam je pun..takde lah sampai berzina, okay???"

Sayang...

Masa tengah whatsapp whatsapp tu..ada awak ingat dia? 

Masa tengah sembang-sembang tu..mesti ada suara yang mendayu-dayu kan?

Malam-malam nak tidur..ada awak ingat dia? Ada rasa rindu tak?

Itu zina hati namanya...

Masa keluar sama-sama, yakin awak jaga pandangan tak tengok bf awak?

Itu zina mata namanya...

Oh ya! Tambahan.

Mata tak reti duduk diam tahu nak 'mengusha' makhluk berlawanan jantina pun. 

Zina mata namanya.

Jagalah...

Tak pelik lah kalau takde bf gf ni...

Kenapa mesti malu kalau tak buat dosa?

Dosa kottt...bangga?

Ish!


Jom, bebaskan diri daripada jerat diri sendiri! 

Jom, sama-sama kejar cinta Ilahi!

Ayuh, bangkit. lari. dan kejar cinta Ilahi yang hakiki.

Jom, serahkan hati kepada Pemilik hati.

Semoga nanti Dia serahkan buat pemilik yang pasti.

:)

freedom. bebaskan dirimu !


Fi hifzillah.<3

Semoga Allah redha.

Sunday 19 January 2014

Pemilik tudung labuh...

Jangan disangka yang bertudung labuh itu..

alim orangnya...

sempurna imannya...

tiada cacat celanya...

sempurna segalanya.


Kerana pemiliknya bukan maksum

Bersih daripada dinodai dosa

Perlu baginya untuk sering diingatkan

Tentang niatnya kerana siapa


Kerana tudung labuh itu tak pernah jemu mendidiknya

untuk terus belajar

menjaga matanya...

menjaga pergaulannya...

menjaga tutur katanya...


Tudung labuh itu bukan sekadar menutupi

tetapi juga ibarat pengawal peribadi

yang menjaga dan melindungi pemiliknya daripada 

pandangan lelaki ajnabi

selamat, 

dengan izin Ilahi


Jangan disangka sempurna segala-galanya

Si pemilik itu

Kerana dia juga mungkin sama sepertimu

Masih terkapai-kapai dalam mencari cahaya keredhaan-Mu





Monday 21 October 2013

Hey,,Serious La?

Kalau ditanya semua orang, "nak masuk syurga ke neraka?"

Rasa-rasanya, apa jawapan yang kita dapat?

Tak payah tanya orang sangat lah..

Cuba tanya diri sendiri.

Kalau diberi pilihan antara syurga dan neraka, nak yang mana?

Jawapan masing-masing.

Tapi confirm syurga kan?


Tapi kan.. Tapi kan.. Tapi kan..


Serious la nak syurga?

Tapi solat selalu je lambat. Kadang-kadang sengaja lewat-lewatkan solat. Sakit, terus tak solat pun ada.

Al-Quran pulak jarang-jarang nak buka.

Sedekah dan amal jariah entah ke mana.

Nak tolong saudara pun berkira.

Hmmm.

Jom, kita buat refleksi diri!


Memanglah setiap manusia itu ada cacat celanya. Tidak sempurna.

Andai kita saling mengingatkan sesama kita, bukankah lebih bermakna?


Andaikata kita sebagai kain yang punya banyak kesan koyak. Tidak sempurna.

Lebih manis jika sama-sama berusaha menampal kesan koyak itu bukan?

Sama-sama menegur yang silap.

Saling jadi pelengkap sebelah sayap untuk terbang bersama-sama ke syurga Dia.

Indahnya...

WE DO TOO LITTLE DAKWAH, 
 TOO LITTLE TARBIYAH,
AND TOO MUCH JAHILIYYAH .
YET WE EXPECT TO ENTER JANNAH..?? PFFFTTTT. 
-via APG




Tapi kan..

Tak salah kan kalau memilih untuk ke syurga? :)

Tapi lebih baik jika disusuli dengan usaha untuk ke sana.

Jom? Kita kejar syurga sama-sama nak?



Bestnya andai kita semua terpilih untuk ke syurga Dia..

Nak-nak pulak kalau kita semua berjiran kat sana.


Inshaa Allah