:)
Dedikasi buat seorang sahabat yang sedang melalui satu fasa yang pernah aku lalui suatu ketika dahulu.
semoga dikau tetap thabat menyelusuri jalan ini. aku tahu dan aku faham. faham benar dengan rasa. sakit, tertekan, terkadang dihambat dilema, keyakinan yang kadang-kala merudum jatuh, ada rasa tak? :) yakin, dan terus kuat. Dia ada di sisi. jangan khuatir. kita punya tongkat kekuatan yang utuh, yang takkan sesekali rapuh. menanti kita untuk tetap teguh. inshaa Allah, Dia redha dengan hamba-Nya yang berusaha mencari Dia. dalam erti kata yang sebenar-benarnya. jangan takut dengan penerimaan manusia yang kadang-kala negatif. yakin dengan Dia. utamakan pandangan Allah. buat apa yang Dia suka. tapi aku yakin, dikau kuat. :) bukan lemah seperti aku yang takutkan penerimaan suatu ketika dulu. aku yakin.
syukur, Dia campakkan secebis roh hidayah. menyedarkan kita daripada terus diulit mimpi dunia. itu tanda Allah sayang. Dia tak nak kita terus lalai. Allah..syukur atas anugerah itu. sebab tak semua yang dapat. :)
cebisan karya akhi Hilal Asyraf, Bahtera Menuju ke Syurga :
Biar perlahan asal berterusan. Biar sedikit asal berkekalan. Kami bergerak dan bergerak saban hari. Muhasabah diri. Tingkatkan amal. Mencari kawan-kawan yang baik. Membina suasana yang soleh dan solehah bagi membantu perubahan kami. Membaca buku-buku yang boleh memotivasikan kami.
Hijrah.
Kami yang beriman pastinya sentiasa berusaha mempertingkatkan diri. Mustahil bergerak ke syurga Allah, tanpa sebarang bekalan. Sedangkan Allah mahu melihat amalan siapakah yang terbaik. "Dia yang menciptakan kematian dan kehidupan bagi menguji dan menzahirkan siapakah di antara kamu yang terbaik amalannya, dan Dia Maha Kuasa lagi Maha Pengampun kepada orang yang bertaubat." Surah al-Mulk, ayat 2.
Justeru, kami penumpang bahtera bergerak dan bergerak.
Hijrah daripada keburukan kepada kebaikan. Dalam segenap penjuru kehidupan.
kita melangkah bersama-sama, ya? ingatkan aku di kala aku terleka. saling mengingatkan. saling perbetulkan kesilapan. kalau diri terasa lemah, aku bersedia berkongsi kekuatan, berkongsi semangat. inshaa Allah. semoga Dia redha dengan dikau.
"jalan tarbiyyah tu memang payah, sakit nak istiqamah. tapi kita ada Allah, sumber kekuatan." :)
kuat, kuat dan terus kuat.! ya? Dia sentiasa ada. bergantung pada Yang Tak Mati.
"Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke syurga dengan berpasukan-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata : Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya (mereka pun masuk)."
Surah Az-Zumar : 73
tidak ada sesiapa pun yang tidak punya keinginan untuk masuk ke syurga Allah. begitu juga aku. andai dikau dijemput masuk ke syurga Dia, tarik aku sama. ya? :)
Buat sahabat,
semoga tetap thabat.
No comments:
Post a Comment