"Aku tak kuat nak terus bertahan. Aku dah penat..."
"Kau dah putus harapan dengan Allah ke?"
"Kenapa tanya macam tu? Tak."
"Kalau tak putus harapan dengan Dia, kenapa mesti mengalah? Bukankah Dia sumber kekuatan?"
"Tapi...Aku penat bila ramai yang mengejek, mengutuk, hina aku lepas aku berhijrah. Kau pun tahu yang aku baru nak belajar bertatih..Belum cukup kuat nak berdiri sendiri..Aku tak kuat nak hadapi semua ni..entah sampai bila aku pun tak tahu."
"Hey, jalan tarbiyyah tu memang payah. Sakit nak istiqamah. Tapi kita ada Allah, sumber kekuatan. Hijrah kau bukan calang-calang hijrah. Hijrah kau nak menuju Tuhan. Doakanlah mereka supaya Allah kurniakan hidayah. Chill la.." Senyum.
"Inshaa Allah. Tapi.."
"Kau kena kuat! Syukur Allah campakkan secebis roh hidayah. Anugerah daripada Allah! Takkan nak sia-siakan?"
"Tapi aku tak kuat macam kau..,"
"Kita takde beza. Kita bertuhankan Allah..sumber kekuatan kita sama. Cuma, adakah kita benar-benar ikhlas beriman kepada Dia? Itu letak nilai iman kita."
"Macam mana kalau tiba-tiba aku tersasar balik kepada zaman gelap dulu?"
"Ingat ni, PAST is a good place to visit but certainly not a good place to stay."
"Hmm.."
"Memang kita takkan pernah dapat puaskan hati semua orang... Aku, kau, sama je dengan mereka. Manusia. Makhluk Allah. Kalau memang dah tak mampu nak bertahan dengan manusia, banyak kali jatuh kerana manusia, lemah kerana manusia, bisikkan pada hati supaya terus kuat, dan bangkitlah kerana Pencipta kita, Allah. Jangan terus lemah, yakin dengan Dia. Dan yakin juga, ada yang mencatit."
"Kau tahu? Serious aku rasa terasing sangat bila mereka hina, ejek aku.."
Senyum.
"Hey, dengar sini. Daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Islam bermula dalam keadaan asing, dan ia akan kembali asing." Bersyukurlah kalau termasuk dalam golongan yang terasing."
Orang Yang Terasing
Aku memerhati mereka di sana,
hidup penuh keseronokan.
Siang malam asyik bersuka ria,
tidak jemu mencari hiburan.
Sedangkan aku terasing di sini,
tidak banyak yang menghibur diri.
Kerana aku lebih bimbang,
dibuai kelalaian dunia.
Aku memerhati mereka di sana,
hidup penuh kegembiraan,
sentiasa mengejar impian,
menggapai cita-cita tinggi
Sedangkan aku terasing di sini,
tidak punya keinginan tinggi.
Kerana aku lebih takut,
matlamat akhirat tak pasti tercapai.
Aku memerhati mereka di sana,
hidup penuh kesenangan,
berlipat kemewahan,
berganda harta kekayaan.
Sedangkan aku terasing di sini,
tidak punya apa-apa.
Kerana aku lebih risau,
amal ibadat tak mencukupi.
Aku memerhati mereka di sana,
hidup penuh kebahagiaan.
Menikmati indahnya hidup berteman,
saling merindu dan mencintai.
Sedangkan aku terasing di sini,
hanya duduk bersendirian.
Kerana aku lebih khuatir,
diri melanggar batas menjejak zina.
Aku memerhati mereka di sana,
hidup penuh kebanggaan.
Mengena pelbagai hiasan diri,
menarik perhatian ramai.
Sedangkan aku terasing disini,
tiada yang sudi memandang.
Kerana aku lebih rela,
membungkus diri melindungi maruah.
"Sesungguhnya selepas zaman kamu ini, akan datang hari-hari yang menuntut kesabaran, dan kesabaran itu akan menjadi seperti perbuatan menggenggam bara api di dalam tangan. Sesiapa yang terus bertahan dengan keadaan itu akan mendapat ganjaran seperti 50 orang yang berbuat perkara yang sama."
Sahabat bertanya,
"Ya Rasulullah, ganjaran 50 orang seperti mereka?"
Baginda menjawab,
"Ganjaran 50 orang seperti kamu."
(Hadith riwayat al-Tirmidhi dan Abu Daud)
Islam asing di zaman permulaannya,
Islam kembali asing di zaman kemudiannya,
Beruntunglah mereka yang menjadi asing.
#www.salafus-sholih.blogspot.com :)
Fi hifzillah. <3