Jangan disangka yang bertudung labuh itu..
alim orangnya...
sempurna imannya...
tiada cacat celanya...
sempurna segalanya.
Kerana pemiliknya bukan maksum
Bersih daripada dinodai dosa
Perlu baginya untuk sering diingatkan
Tentang niatnya kerana siapa
Kerana tudung labuh itu tak pernah jemu mendidiknya
untuk terus belajar
menjaga matanya...
menjaga pergaulannya...
menjaga tutur katanya...
Tudung labuh itu bukan sekadar menutupi
tetapi juga ibarat pengawal peribadi
yang menjaga dan melindungi pemiliknya daripada
pandangan lelaki ajnabi
selamat,
dengan izin Ilahi
Jangan disangka sempurna segala-galanya
Si pemilik itu
Kerana dia juga mungkin sama sepertimu
Masih terkapai-kapai dalam mencari cahaya keredhaan-Mu