Wednesday, 26 March 2014

Bebaskan Dirimu !



"Jom, join group discussion malam ni. Mahu?"

"Erkk..takpe lah. Lain kalilah aku join. Aku..err..takut nanti kena marah dengan bf aku kalau aku tak layan dia call malam ni..ehehehe.."

"Elehh..study pun nak marah ke?"

"Heee..nak buat macam mana. Dah bf aku tu memang macam tu. Terpaksalah..sorry."



Mengapa perlu perangkap diri sendiri mengejar cinta manusia yang belum pasti?

Mengapa senang sekali memberi hati buat lelaki ajnabi?


Sekadar peringatan buat semua jua diri,

"Mengapa perlu dikejar cinta makhluk, yang balasannya belum pasti.

Walhal cinta Pencipta yang hakiki, ke mana terbuang pergi?"


Janganlah sewenang-wenangnya kita mudah memberi hati. Apakah pasti hati itu diserah kepada pemilik yang benar? Kerana syaitan punya strategi step-by-step untuk cuba mengajak kita untuk sama-sama ke neraka. Kuatkan iman, lawan. Jangan sampai tertarik ke lembah zina yang hina. Ingatlah, bahawa syaitan tidak pernah kenal erti penat jua jerih payah untuk merosakkan anak cucu Adam. Dan kita, janganlah juga kenal erti penat jerih payah untuk merosakkan rancangan syaitan. 

"Alahh..setakat whatsapp call malam-malam je pun..takde lah sampai berzina, okay???"

Sayang...

Masa tengah whatsapp whatsapp tu..ada awak ingat dia? 

Masa tengah sembang-sembang tu..mesti ada suara yang mendayu-dayu kan?

Malam-malam nak tidur..ada awak ingat dia? Ada rasa rindu tak?

Itu zina hati namanya...

Masa keluar sama-sama, yakin awak jaga pandangan tak tengok bf awak?

Itu zina mata namanya...

Oh ya! Tambahan.

Mata tak reti duduk diam tahu nak 'mengusha' makhluk berlawanan jantina pun. 

Zina mata namanya.

Jagalah...

Tak pelik lah kalau takde bf gf ni...

Kenapa mesti malu kalau tak buat dosa?

Dosa kottt...bangga?

Ish!


Jom, bebaskan diri daripada jerat diri sendiri! 

Jom, sama-sama kejar cinta Ilahi!

Ayuh, bangkit. lari. dan kejar cinta Ilahi yang hakiki.

Jom, serahkan hati kepada Pemilik hati.

Semoga nanti Dia serahkan buat pemilik yang pasti.

:)

freedom. bebaskan dirimu !


Fi hifzillah.<3

Semoga Allah redha.

Sunday, 19 January 2014

Pemilik tudung labuh...

Jangan disangka yang bertudung labuh itu..

alim orangnya...

sempurna imannya...

tiada cacat celanya...

sempurna segalanya.


Kerana pemiliknya bukan maksum

Bersih daripada dinodai dosa

Perlu baginya untuk sering diingatkan

Tentang niatnya kerana siapa


Kerana tudung labuh itu tak pernah jemu mendidiknya

untuk terus belajar

menjaga matanya...

menjaga pergaulannya...

menjaga tutur katanya...


Tudung labuh itu bukan sekadar menutupi

tetapi juga ibarat pengawal peribadi

yang menjaga dan melindungi pemiliknya daripada 

pandangan lelaki ajnabi

selamat, 

dengan izin Ilahi


Jangan disangka sempurna segala-galanya

Si pemilik itu

Kerana dia juga mungkin sama sepertimu

Masih terkapai-kapai dalam mencari cahaya keredhaan-Mu