Monday, 25 February 2013

Bersediakah kita?

Assalamualaikum w.b.t

Perkahwinan VS Kematian

Yang mana kita lebih bersedia?

Persoalan yang agak berat bagi aku.

-Bila tengok orang kahwin, rasa macam diri pun bersedia nak berkahwin. Tapi bila tengok orang meninggal, bersediakah kita?- (persoalan daripada seorang sahabat)

Aksara yang menyentap tangkai hati.


Perkahwinan.

Nampak mudah, tapi kalau tak cukup ilmu rumah tangga, habis. Kalau tak teguh pegangan agama, lagi lahh. Kalau berkahwin hanya sekadar untuk melengkapkan keperluan fitrah, urmmmm. Kalau berkahwin kerana niat nak beribadat kepada Allah, salute. Inshaa Allah kekal. Kerana perkahwinan memerlukan kekuatan dan kebijaksanaan untuk memikul amanah dan tanggungjawab. Supaya kedua-duanya tidak tergelincir dari landasan agama Allah.



Kematian.

"Setiap yang hidup pasti akan merasai mati."

Suatu yang sangat pasti. Ingatan buat diri sendiri juga, kerana aku juga belum bersedia untuk menghadapinya. Bahkan kadang-kadang tak terlintas di fikiran soal mati. T_T Astaghfirullahalazim... 

#BuatIngatanBersama : Kita Bakal Jenazah

Sunday, 24 February 2013

Perjalanan

Assalamualaikum w.b.t


Jalan berliku memang sukar. Bahaya. Boleh disamaertikan dengan perjalanan yang sedang aku lalui. 
Dek kerana tersalah pilih jalan suatu ketika dahulu. 
Menyesal? Dulu, mungkin. 
Walau apa sekali pun cabaran dan kesusahan yang sedang dan akan dilalui, takkan sekali-kali aku menoleh ke belakang lagi.
Kerana ini adalah ketetapan Allah buat insan kerdil ini.
Redha, dan berterima kasih kepada-Nya.
Kenapa, ya?
Kerana sebenarnya tidak ada istilah tersalah pilih jalan.
Tapi Allah yang membuat pilihan.
Apa bukti?
Aku gembira sekarang.
Sungguh.
Dia tahu kemampuanku.
Dia tahu apa yang aku perlu.
Dia tahu segala isi hatiku.
Mungkin pada mulanya aku tidak yakin dan percaya dengan takdir ini.
Muhasabah diri.
Ini adalah ketetapan Ilahi.
Takkan sesekali aku persoalkan lagi. 
Inshaa Allah.
Semoga jalan ini membawaku untuk ke syurga Ilahi.

#ForeverStrong. Dengan izin Allah. :")

Saturday, 23 February 2013

ALLAH kan ada

Assalamualaikum w.b.t


#Sentiasa kuat dalam apa jua cabaran dan keadaan.

#Apa yang nak ditakutkan?

sebab..

#Allah kan ada..

ForeverStrong. Dengan izin Allah :")

Sunday, 17 February 2013

Syukur

Assalamualaikum w.b.t


Hari ni nak berbicara tentang erti syukur. Alhamdulillah Allah beri kesedaran melalui seorang sahabat yang sangat kucintai. :)

Sungguh, aku terlupa untuk mengucapkan syukur pada Yang Maha Esa. Terlalu banyak nikmat yang dikurniakan kepadaku. Salah satu, nikmat dalam menuntut ilmu. Memang benar, menuntut ilmu boleh dilakukan dimana-mana, tidak kira siapa gurunya, asalkan ilmu yang diperoleh bermanfaat.

Apa yang aku ingin perkatakan di sini, berdasarkan status fb, memang benar tatkala status sedang dibuat, macam-macam perkara bermain di fikiran, yang pasti malas berada di kedudukan paling atas. Malaslah nak berlajar, malaslah nak bangun pagi, ya Allah.! Aku tidak nampak nikmat di depan mata, aku terlupa dalam aku 'menolak' nikmat, ada yang 'dahaga'kan nikmat ini. Aku terlupa. Aku juga punya seorang sahabat yang sedang ternanti-nanti, tertunggu-tunggu dengan nikmat ini. Terima kasih kerana menyedarkan aku untuk sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat Allah. Alhamdulillah.

"Ya Allah, Kau kurniakanlah sahabatku ini keputusanMu yang terbaik. Kurniakannya hati yang sabar, hati yang sentiasa bersyukur dengan segala nikmatMu. Amin."

Semoga yang terbaik sentiasa bersamamu wahai sahabat sayang. :)

Terima kasih kerana menyedarkan.