Saturday, 29 December 2012

Ujian Itu...

Assalamualaikum w.b.t

:)

Ujian? Ya, ada banyak jenisnya...
segala apa yang Allah kurniakan kepada kita,
semuanya adalah bertujuan untuk mengUJI kita.. :)
sama ada kita bersyukur atau pun tidak

Bohong lah kalau ada yang tidak pernah diuji
Allah uji kita, ada sebabnya... :)
Dia nak tengok sejauh manakah kebergantungan kita
Makin diuji..bersyukurlah
kerana Allah rindu untuk mendengar kita mengadu kepada-Nya
makin kita memburu cintaNya..bersedialah..
makin besar ujiannya nanti
sejauh mana kita kuat untuk terus memburu cintaNya

Alhamdulillah...
Allah mengujiku dengan pelbagai ujian
sakit, jatuh, kasih sayang, dan macam-macam lagi
:)

Sakit
Alhamdulillah..setiap kali aku jatuh sakit,
membuatkan aku terasa lebih dekat denganNya
membuatkan aku lebih mensyukuri nikmat sihat
sungguh aku tidak pernah merasakan Dia tidak adil
kerana aku tahu,
ujian ini tidaklah seberat ujian yang Dia berikan kepada hamba-hambaNya yang lain
aku bersyukur
kerana aku tahu,
sakit itu penghapus dosa.  :)
aku bertuah dengan ujian ini,
kerana aku merasai nikmatnya menjalani hari-hari di muka bumi ini
sama seperti teman-teman yang lain
yang sihat, bebas.. :)
bersyukurlah
walaupun apa yang mampu aku lakukan agak terhad
walaupun apa yang boleh aku minum dan makan agak terhad
tidak mengapa
Allah masih mengurniakan jutaan nikmat yang lain
aku masih boleh hidup secara normal
walaupun mengalami sedikit kekurangan
tidak mengapa..
semua manusia tidak sempurna
insan lain? ada yang lebih berat diuji
oleh itu, bersyukurlah
nikmatNya tidak terhitung banyaknya
janganlah mengeluh tatkala diuji
sebaliknya, bersyukurlah
bergantunglah hanya kepadaNya

Jatuh,
sakitnya jatuh tidak mampu digambarkan dengan kata-kata
pernah aku merasainya
Alhamdulillah
Allah masih menyayangiku
kerana Dia tidak mahu aku terus lalai
mungkin tidak diberiNya untuk terus berada di atas
bimbang diri lupakan Tuhan
Syukur ku panjatkan...
Dia telah membuatku sentiasa berjaga-jaga
Saat aku terlalai,
Dia mengingatkan aku tentang pengalaman itu
ngeri...
sungguh aku katakan pengalaman itu ngeri dan menyakitkan
syukur
aku dilindungiNya
Alhamdulillah...  :)


Tuesday, 24 July 2012

✿ ramadhan 2 zaman ✿

this is a lyrics. but it's really... :')



Ramadan 
Satu nasib tak serupa
 
Peluangnya sama, natijah berbeza

Ramadhan mereka 
Gemilang cemerlang, mukmin berjasa
 
Di awal zaman
Ramadhan kami, malam terbuang 
Muslim berdosa di akhir zaman

Mereka gembira kerana kedatanganmu 
Kami gembira dengan pemergiannmu
Malam mereka meriah disimbah Nur Al-Quran 
Tapi malam kami pulang bertemu dangdut
 

Mereka berlumba mengejar ruang-ruang
Tapi kami, lesu diburu nafsu 
Hati mereka,bercahaya digilap taqwa
 
Jiwa kami gelap didera dosa

Takbir mereka, takbir kemenangan 
hadiah mujahadah..sebulan Ramadan
 
Takbir kami, lesu tak bermaya
 
adakala lemah tak berdaya 

Puasa sekadar lapar dan dahaga